TuaN PunYa bLoG (^_^)

My photo
hey! welcome to my blogies! blurp..Blurp.. heuheuheu :P name aku baLQis. oghang Johor, study katUNITEN and amek BBA.(Hons.)HRM.. heee~~ aku juge bermastautin di DamaNsAra..

Tuesday, December 28, 2010

CuCi ruMaH = RamBut CaNtEk

(ini adalah cerita di sebalik rambut mahal saya.. :P)


Ye, rambut aku dah cantek. Itu yang pasti. Tapi disebalik canteknya rambut aku ni ade kisah disebaliknya. Hahaha. Untuk mendapat kehalusan rambut ini aku perlukan duit untuk melakukannya. Bagaimana? hermm..
Ye, caranya dengan aku perlu menjadi amah kepada miss Suhaila juga merangkap akak aku. Aku perlu membersihkan rumahnya sebersih-bersihnya agar mendapat payment yang telah dipersetujui bersama. Ala-ala contract gitu.
 akak aku kata, 
" ko bersihkan betol-betol. Kalau wat keje macam Mak Enon, payment potong half " 
begitu la keadaan dimana perjanjian termeterai di antara aku dan akak aku. Pada mula nya aku dijanjikan bayaran sebanyak RM250. Heheh. Amacam? mewah x?
Aku apa lagi. Sungguh komited dengan tugas yang telah diberikan demi untuk mendapatkan kembali rambut ku yang santek! Hahah.
Balik dari Ikano dalam pukul 10 lebih. Sampai umah je aku terus salin baju dan bertransform menjadi amah. 

Perkara yang aku buat mengikut peringkat:

1. Basuh Pinggan Kotor
2. Cuci Mozek kabinet sinki yang dah macam ape dah.
3. Susun kasut dalam robok kasut.
4. Lap Meja makan.
5. Sapu area meja makan and mop dulu area situ.
6. Then, aku trus skip setelkan bilik akak aku dulu. 
(why? nape tak bersihkan ruang tamu dulu? ooo.. tak boleh, sebab mem-mem besar dan tuan-tuan besar sedang menonton tv. Hahah.)
7. Bersihkan kipas bilik akak aku.
8. Sapu bawah katil akak aku. Sumpah habuk die ley wat goreng untuk makan 5 orang! Haha.
9. Mop.
10. Tukar bed sheet.
11. Sapu ruang tamu.
12. Mop ruang tamu.
13. Bersihkan Kipas.
14. Susun-susun ape yang patut.
15. Dan last skali aku akan wat second trip sapu semua skali. Yela, kan masa mop-mop tu mesti ade habuk-habuk degil yang tertinggal.

Akhirnya, rumah akak aku dah kembali wangi, bersih, sejuk, nyaman dan harmoni. Hahah.
Dalam pukul 4 pagi kot aku setel bersihkan tu semua. Toilet aku terpaksa cuci esok hari nya sebab aku dah sumpah tak larat gila. Haha. Nasib baik rumah akak aku kecik. 
Yang bestnya, akak aku up lagi RM50! So, total RM300!! Masyuukkk....!!
Hahah. Agak-agak korang setimpal tak dengan keje yang aku buat. Akak aku sampai up lagi payment. Nampak sangat aku begitu komited dengan tugas aku. Hahah. (cam hampeh je ayat. Huhu.)

So, setelah dapat cash RM300, inilah activity aku selepas itu. Tanpa jangan leceh lagi! Haha.

Ni mase mula-mula nak stat transform kepada rambut yang lebih sihat. Hehe. 


proses potong sikit rambut aku


Ubat rebond


Ariel yang kebusanan. Hehe.


Proses Highlight. Cam Pompuan gile dah. Haha



Treatment




Hasil nye korang tengok la entry sebelum ni. Hehe.


TATA~~

VolumE sTraight. haha





Okey, saje nak tayang

.r a m b u t.m a h a l.

heuheuheuheu :P



Volume Straight
+
Highlight
+
Treatment
=
RM300 je

hahahaha :D 
(harga promotion kot. Orang nak belanje. Kite grab saje :P)


mE, Sis, MoM & HubBy!!

Hari Sabtu bersamaan dengan 25 disember 2010, juga bersamaan dengan hari Krimas juga adalah bersamaan dengan julung-julung kalinya akak aku keluar jenjalan setelah berbulan lamanya terperap kat umah. hahahah. Kalau keluar pon pegi hospital or buat fisio jek. Nak di jadikan cerita, hari tu memang best lah! Yang kelakarnya, akak aku super duper semangat die nak berjalan-jalan. Hahaha! Aku tido dengan dia. Bole lak tiba-tiba die bangun pastu jerit-jerit pangil mak aku. 
" mak..mak.. dah pukul 10 ni..jom lah siap.. kate nak kua jalan" 
"balkis..balkis..bangun..dah pukul 10..nak kuar ni ada kete tak?"
Aku tengok jam padahal baru pukul 8.30pagi.. hahah.. 
"Excited betol.."
 (berkata aku dalam hati..haha)

Aku pon call lah ariel cakap kat die kitorang nak kuar jalan. Sebab kete pada ariel. Kebetulan ariel demam, so die terlajak tido. Kalau tak sepatutnya pukul 10 pagi dia dah kena sampai kat uma. Nasib lah akak aku. Haha. Die kena tunggu 3 jam tuh. 
"spoiled la ariel ni. Aku dah busan dah ni" 
Hahah.

hehehe. busan ke?

Dalam pukul 12.30 baru lah ariel sampai umah. Kecian hubby, sampai-sampai je aku tengok muka die pucat betol.

IKANO


Then kitorang pegi Ikano. Senang gila cari parking! hahah. Yela, kan tengah cuti, orang ramai pon sebok gak nak berjalan. Yang best, JLS 5223 dapat parking kat Disable Parking. Huhuh. Klakar!





 Akak aku wat peeling. Mak pulak wat refleksologi. Aku ngan ariel tak wat apa-apa just pegi 'breakfast' jap kat bread story! bakery faveret aku tuh! 





pastu kitorg gi makan steamboat. Nampak cam sedap and selera je kan. Padahal, tak sedap langsung! huh! Actually aku dah lame ngidam nak makan kat situ. Huhuh. Start dari aku keje kat Courts Megastore dulu. Tapi bila dah dapat, huh! Tak sedap! Sedap agi steamboat kat Lido tuh. Huhu. Pasni tamo makan situ dah. Hahah.






Mak shopping seluar, grab sampai 4 helai tuh. Huhu. bak kate mak,
 "inilah seluar yang mak idam-idamkan selama ini"
 hahahah.

Pastu gi Giant. Beli barang-barang keperluan. Then balik uma.
hehehe. Best! 




kepada my sis, cepat-cepatlah hilangkan sendal kat lutut tu yek. Huhuhu.


Thursday, December 23, 2010

20 CaRa Wat roOmaTe Korang Jadi Giler!

Hahahahahaha. 
Nak pecah pulak perot aku baca post kawan aku si Haifa ni. 
Nak di jadi kan cerita, aku sesaje je belek-belek blog kawan aku ni. 
Post die berkaitan cara-cara nak buat roomate kite jadi bengong disebabkan kita sendiri. Memang lawak la, sebab aku ni jenis jarang nak tergelak atau geli hati kalau ada orang buat lawak or apa-apa yang berkaitan dengan jenaka. So, aku rasa bila aku dah tergelak sakan, meaning that IT'S REALLY FUNNY la kan. 
Huhuhu. So, aku pon nak share kat korang benda bodoh ni. Kalau korang tak gelak aku tak tau nak kata apa. Korang ni hati konkirt betol. hueheuheu :P 
so, ENJOY!

Al-kisah...Tayyibbb.. hehe..


1. Tiap kali hari Jumaat, korang pack barang2 and bagitau kat roommate korang nak balik kampung. Lebih kurang sejam,korang balik semula ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg2 korang tadi & pegi tidor dgn selamba....

2. Setiap kali roommate korang menjejakkan kaki masuk bilik, korang jerit sekuat hati "Hooooree…kau dah balik”. Then buat2 menari dlm 5 minit. Lepas tu, korang tenung jam lama2 dan bagitau dia “Sepatutnya kau dah blah dah skrg”!

3. Pada setiap tgh malam lebih kurang kul 12 gitu, korang jerit tibe2 "Tolong!! kat mana aku berada ni?” dan lari keliling bilik tu(cover2 la lari tu, jgn smpai bersepah bilik). Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor korang. Esoknya, kalo dia tanya, korang buat2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda(pandai2 korang la besar mane bulat tu). Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah merebak… dah merebak!!”, dgn riak muka yg terkejut.

5. Beli pokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, korang bertengkar dgn pokok tu dan cakap “Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi” sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat…Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.(alah, mcm korang gadoh ngan BF/GF korang)

6. Beli pisau banyak-banyak. Asahkan setiap hampirnya tgh malam sambil merenung roommate anda sambil berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi…”(buat2 muka yg menakutkan mcm dlm cite hantu tu)

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, “Siot betul, kalah lagi”

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat “Horee…!”. bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap “Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda…” Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata “Eh, kau rupanya…”

10. Kata kat roommate “Ada pesanan penting untuk kau”. Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yang anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap “Eh…aku dah ingat”. Lepas tu pengsan balik.Ulangi smpai korang rase puas.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata “Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la…Macam teknik rebonding…”. Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2. bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2 or buat2 terkejut 'mayat' bngun. 

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.



KaPok Nite ♫♩♪♫♪

okey. skang aku betol-betol kat tepi speaker ni. haha.
tapi nasib baik la takde lah kuat sangat. 
sebenarnya aku skang ade kat foodcourt harmoni. budak-budak ni ada wat kapok nite. kapok nite ni maksudnya lebih kurang macam live band lah. Instrument-instrument basic je yang diorang guna. Just for fun. Not bad lah diorang ni.
Actually aku malas nak tengok tapi disebabkan aku, anom and ilya ade agenda tersembunyi. hehehhehehe.. Apa dia?? hahah..
Sebenarnya mok mintak tolong kitorang datang bawak si lasteri ni. Die perform malam ni so dia nak buat dedication song untuk lasteri. hahah. Sweet jer.
Sampai-sampai jer lasteri cakap "bosan je. kalau ade org dedicate song kat saye best jugak" aku dengan anum dah pandang-pandang sengih-sengih. Memang sebenarnya mok a.k.a Zulhafeez nak dedicate kan lagu tu untuk die. huhuhu. Aku menunggu dengan penuh sabar. Sedap sey suara Mok. Nanti kau dah kurus konfem hensem gila! hahah.

overAll, Kapok Nite is nice! =)




::actually aku dah taip pasal benda ni pukul  9 malam tadi. 
Tapi disebabkan line celcom laju macam siput, 
so terpublish lewat. ahakz!::

Wednesday, December 22, 2010

Edit-Editing

Ahakz! 
amacam design blog saya yang baru? heheh. saje2 je aku mengedit-edit kasi ceria sikit. hopefully takdela keterlaluan or lebih mudah lagi 'over' edit sangat. Hanya sekadar ingin mencantekkan saje. Itu pon pada pandangan mata aku lah yang cantek. Pada korang aku tak tau lah kan. Lain orang lain citarasanya.

Untuk header aku tu, okey tak? agak macam cantek and cool je kan. hahah. suka hati aku lah nak letak gambar aku. dah aku owner blog ni. Dah2, jangan nak sebok pertikaikan! :P
Actually aku beramat terima kasih kat sorang mat salleh ni.
Aku ni dah la baru nak belajar blogging ni. So, aku agak jahil la cket (banyak kot. hehe) bab2 nak edit blog ni lagi-lagi header tuh. So, aku try la google kot2 ade lah cara2 nak wat header. Pastu aku terbukak blog mat salleh ni. Die ajar cara nak wat header. Pakai picasa. Simple je tapi okey lah. nice kan? Lihat lah hasil nya. heheh..
Ni link nak ke website tu. Kalau2 korang nak mencuba lah kan. taknak sudah! hehe


Haha! comel anak dia! aku rembat gambar2 kat blog die.
hopefully tak kena saman! :P


Sweet! dari gambar2 yang aku tengok, mat salleh macam loaded jugak la.
apa yang dia buat semuanya macam best je. Teratur jer. Best2!

ni plak blog mat salleh tu.


rajin2 add la yekk. aku tak add sebab aku dah curik gambar2 die. takot! hahahhaha!

Hati Yang PiLu~

hari ni aku rasa sedih lagi.
Please la do something.
Susah sangat ke nak tunaikan permintaan aku?

aku dah demam-demam dah ni.
hermm.
apalah yang akan jadi untuk 3 bulan akan datang.
RISAU SANGAT!


Kalau awak sayang saya,
Kotakan janji-janji awak.
boleh kan?

Saya sayang awak sangat-sangat!

Tuesday, December 21, 2010

ketidaksehatan

satu hari tak pergi kelas. herm, kenape kebanyakkan perempuan perlu kena senggugut setiap kali mereka datang bulan. orang cakap kalau time piyed kita selalu kena piyed pain nanti mase nak beranak senang, sebab rase sakit tu kurang. yeke? boleh terima ke ideology tersebut? hurmm. ntah aku pon tak tau. 

Ya Allah, Kau jauhkan lah aku dari sebarang penyakit. nanti bila sakit aku mesti tak boleh bangun dari katil then tak dapat pergi kelas. nanti banyak perkara aku tertinggal. aku tak suka. nanti esoknya macam org bodoh jer time pergi kelas. 

lagi pon ni last sementer insan bernama Balkis akan bertapak di Bumi UNITEN. aku tak akan sia-siakan masa yang anda untuk menghabiskan waktu aku di Muadzam Shah ini.

aku dah tekad semester ni kena pulun habes-habesan untuk Be The Best! 
Dean List dalam gengaman!
insyaAllah...

apa2 pon yang berlaku, saya tetap sayang kan SHAHRIL saya. semoga berkekalan. 
Amin..


Sunday, December 19, 2010

SunGai Lui- aizat


dulu Gemok, Skang Kuwus..hehe

yuuuhhhuuu...~~ ha.. korg mesti ade yg xtau kan lagu ape yg berkumandang kat blog aku nih.. yg dah tau xpe la.. aku nak cite kat yg xtau jer.. heuheuheu..:P tajuk lagu ni sungai lui.. oleh aizat.. aku pon xtau n xfaham nape die g letak lagu ni sungai lui.. npe xletak sungai pahang ke, laut merah ke.. huhuhu.. tp ape2 pon aku tetap suke gile lagi ni. ia agak rilex je kan kan kan.. huhu.. tp aku tabik spring la kat die sbb mostly lagu2 die sume sedap2.. err.. aku ni bkn la die hard fan sgt kat aizat.. tp suke la jugak kdg2 dgr lagu die.. hehehe.. 
sebenarnye sambil aku menaip ni aku tgh search ape mksud sg. lui tu.. huhuhu.. jap yekk... Zasss!!

(5 minit kemudian... )

ok rupe nye sungai lui tu memang sebatang sungai.. hahaahah.. sungai tu ade kat selangor.. dan aku di faham kan aizat dpt inspirasi lagu ni dari sungai tu.. hahahha.. xtau la betol ke tidak.. klau tipu diorg. tipu la aku juga.. huhuh.. dan aku cube nak analisis lirik lagu ni.. tp aku bkn la hebat sgt nak wat analisa.. kdg2 sesuatu ayat itu mndatangkan seribu makna.. tepulang la kat individu itu nak mentafsirkan nye bagaimana.. heheheheh..
kalau korg terer cuba la korg analisis.. pastu share la kat aku.. kite same2 berkongsi pendapat.. amacam? huhuhu.. 

sambil2 korg layan lagu ni.. meh la kite selami lirik lagu Sungai Lui ini..



Pejamkan matamu untukku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu di sini tempatmu
Walau berubah di mata kita tetap indah
Selagi kau masih percaya

Ketawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus kian berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya

Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap kau masih percaya

Buka matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya

Selama ini selama ini
Selama ini selama ini
Selama ini selama ini
Selama ini

p/s: slalu sgt dengar ley busan gak aku.. huhuhu :P

kakak aku dah maju!

okey.. tadi akak aku tbe2 chat box ngn aku kat fesbuk.. agak pelik gak la die ley tau aku dah berblogging balik.. agak nye die pasang spy kot.. hahah (aku tau ko tgh bace kan.. sila la kumen2 yek.. huhuhu).. tp nak di jadi kan cerita.. aku dah berjaya menginspire akak aku utk berkarya di blog.. huhuhu... xsmpai bape jam die dah ade 2 post kat blog die.. tp nape la yg ko g wat account tumble ape ntah.. hahha.. kan dah aku xreti nak follow.. aku pon bkn reti sgt psl2 blog ni.. bru nak jinak2.. hahah... udah2 la tu ngn adi putra ko tu.. gelik! gelik! gelik! hahah.. ape2 pon aku tetap sokong ko.. bole la ko mngisi mase2 terluang dari ko membuang mase kat sarang ko tu.. hahahah... 



hihih..cpt2 la sembuh yek.. =)


Saturday, December 18, 2010

Mr. sHaHRiL (^^,)


" I Love you with the breath, the smiles and the tears of all my life..." 

 " I Love you, not only for what you are, But for what I am when I am with you"                                                                                 

                                  


Friday, December 17, 2010

MaJu Lah DeBat Utk NeGara!

cak! haaa.. arini aku kena anta team2 debate UNITEN gi UTHM kat batu phat..(kampong aku tuh..) ade debat diraja.. hermm.. sebonarnye kan.. aku tringin nak pegi join debat ni.. sebab ape kan.. sebab debat ni debat 'Diraja'... kot2 la aku dapat kawen ngn anak raja.. (hahahhah..xde kena mengena!) xdela.. sbb debat diraja bole dikira sbg bapak segala pertandingan debat kat university2 kat m'sia ni.. hahah.. so, kira howt la klu aku dpt join.. hahhaha.. gelak lagi.. tp disebabkan aku ni da final sem (sedor2 la cket kan..) di tambah pulak aku byk keje.. so aku lupakan hasrat aku tuh.. nak buek camano.. isk3.. 

            ni line up yang pegi:

team Tua    : Syazwan
                   Shahril (my hubby~~ hihihih =P)
                   Lin
                   Ilhami

team Muda 1:     Diyana
                         Hafiz
                         Nisa

Team Muda 2:      Izzah
                          Kila Tenang
                          Pes
                          Tihok (konon2 penyeri line up la.. )

kepada team muda 2.. korg jgn la down ea.. korg anggap je ni sbg pengalaman.. wat donno je la jang oi..  lantak la klu korg kena lauk2 nanti.. hahah.. tp daripada hasil kena lauk la korang ley tgk tahap ariel cmne skang (tringat mase die join integriti lwn ngn UIA senior.. mmg jadi gulai kawah dorg.. hahha) kepada tihok.. sgt2 rugi kau xjoin.. sekadar jd penyeri je.. hampeh kau! hahah.. tp walau camano pon.. aku hormat keputusan kau.. (hehe..integriti nye haku!)


HIDOP DEBATE UNITENZ! awww!
                         

Thursday, December 16, 2010

TiMe KaCeh TigHok =D

Untuk sebagai tanda penghormatan dan time kasih kpd rakan saye misS TOhok.. eh, TihOk.. iye! Tihok! anda la TihoK! hekhekhek.. rse bangga x aku buat post ni utk kau? sebab tadi ko ajar aku care2 nak cantek kan blog aku..(Blog kau xde la cantek mane pon sbenarnye.. tapi xpelah.. hee~~ :P) lantak kau lah.. tapi aku suke header kau! nak camtuh gak..  
hehe.. muke aku cam mak2 org sey!


p/s: sape2 yang ley ajar aku cantek kan blog di alu2kan ye.. =)

SeTeLah Sekian Lame..* Plink!*



Halu..halu..halu.. hahahah.. tibe2 gelak.. okey aku dah lame xmemblogkan diri aku.. zmn blog aku mse 1st year dulu2.. skang dah last year.. fuhh.. dah mkn taun blog aku ni bersarang.. heuheuehue :P
mesti korang pelik kan.. mne pegi sume older post aku.. gagagagga.. aku dah delete sbb akak aku suruh.. haha.. die ckp aku upload gmbr2 die yg huduh.. lagipon aku mmg xberkenan dgn post2 yg aku yg dulu.. byk kontroversi.. hahah.. plus, aku dah rembat broadband mak aku.. huhu.. nak harap kan line campus.. kem salam je la derr.. smpai aku tua la blog ni trus bersarang semut..