Ye, rambut aku dah cantek. Itu yang pasti. Tapi disebalik canteknya rambut aku ni ade kisah disebaliknya. Hahaha. Untuk mendapat kehalusan rambut ini aku perlukan duit untuk melakukannya. Bagaimana? hermm..
Ye, caranya dengan aku perlu menjadi amah kepada miss Suhaila juga merangkap akak aku. Aku perlu membersihkan rumahnya sebersih-bersihnya agar mendapat payment yang telah dipersetujui bersama. Ala-ala contract gitu.
akak aku kata,
" ko bersihkan betol-betol. Kalau wat keje macam Mak Enon, payment potong half "
begitu la keadaan dimana perjanjian termeterai di antara aku dan akak aku. Pada mula nya aku dijanjikan bayaran sebanyak RM250. Heheh. Amacam? mewah x?
Aku apa lagi. Sungguh komited dengan tugas yang telah diberikan demi untuk mendapatkan kembali rambut ku yang santek! Hahah.
Balik dari Ikano dalam pukul 10 lebih. Sampai umah je aku terus salin baju dan bertransform menjadi amah.
Perkara yang aku buat mengikut peringkat:
1. Basuh Pinggan Kotor
2. Cuci Mozek kabinet sinki yang dah macam ape dah.
3. Susun kasut dalam robok kasut.
4. Lap Meja makan.
5. Sapu area meja makan and mop dulu area situ.
6. Then, aku trus skip setelkan bilik akak aku dulu.
(why? nape tak bersihkan ruang tamu dulu? ooo.. tak boleh, sebab mem-mem besar dan tuan-tuan besar sedang menonton tv. Hahah.)
7. Bersihkan kipas bilik akak aku.
8. Sapu bawah katil akak aku. Sumpah habuk die ley wat goreng untuk makan 5 orang! Haha.
9. Mop.
10. Tukar bed sheet.
11. Sapu ruang tamu.
12. Mop ruang tamu.
13. Bersihkan Kipas.
14. Susun-susun ape yang patut.
15. Dan last skali aku akan wat second trip sapu semua skali. Yela, kan masa mop-mop tu mesti ade habuk-habuk degil yang tertinggal.
Akhirnya, rumah akak aku dah kembali wangi, bersih, sejuk, nyaman dan harmoni. Hahah.
Dalam pukul 4 pagi kot aku setel bersihkan tu semua. Toilet aku terpaksa cuci esok hari nya sebab aku dah sumpah tak larat gila. Haha. Nasib baik rumah akak aku kecik.
Yang bestnya, akak aku up lagi RM50! So, total RM300!! Masyuukkk....!!
Hahah. Agak-agak korang setimpal tak dengan keje yang aku buat. Akak aku sampai up lagi payment. Nampak sangat aku begitu komited dengan tugas aku. Hahah. (cam hampeh je ayat. Huhu.)
So, setelah dapat cash RM300, inilah activity aku selepas itu. Tanpa jangan leceh lagi! Haha.
No comments:
Post a Comment